Sunday, March 5, 2017

PRS Cikgu Amsah yang GILA HEBAT dan LUAR BIASA 2016

Berdirinya Kelab PRS adalah dengan sendiri. Makna kata apa sahaja yang dibuat adalah menggunakan kewangan sendiri (memang sengaja cikgu ajar begitu). Bertuahnya cikgu adanya PRS.  PRS yang sentiasa berjiwa tabah, memahami, sabar dan kental.  PRS tdak pernah mengeluh kalau cikgu tidak bawa ke lawatan atau kursus pemimpin muda.  PRS sentiasa aktif dan datang program cikgu.  Ini semua kerana; kita dah bersetuju PRS cikgu kuat kental dalaman dan luaran.  Sebab mereka dah diisi dengan pelbagai aktiviti dan penghargaan yang mereka sahaja nampak dan rasa.  Mereka turut terlibat menjadi ajk program menggantikan guru mereka. Sesungguhnya, di mata cikgu, PRS cikgu cukup hebat.  Walau ada yang lemah dalam akademik; tapi cikgu tahu anda PRS yang hebat. Cikgu hanya mampu hadiahkan sijil2 penghargaan namun PRS tetap kekal sebagai PRS cikgu.  Cenderahati yang dibeli dengan yuran anak PRS menjadi 'surprise' sebab mereka selalu ternanti apa yang akan cikgu beli walaupun menggunakan duit mereka.  Bila ada jamuan, parents PRS semua sanggup hantar makanan banyak walaupun cikgu turut membekalkan makanan.  Ya Allah! bertuahnya cikgu memiliki kamu walau Allah pinjamkan buat seketika.  Cikgu harap anak PRS akan menjadi insan hebat di dunia dan di syurga. ANDA ADALAH PAHLAWAN YANG TIDAK DIDENDANGKAN NAMUN TETAP PAHLAWAN DIHATI CIKGU!!!





No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.