Program Jom Ke Sekolah bersama Polis dilaksanakan dengan kerjasama Tuan Haji Md Sabri Bin Muslim (GPK HEM) bersama saya di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling. Bertuahnya saya kerana turut mendapat kerjasama rakan guru yang memahami dan sudi turut membantu. Mengikut surat pekeliling atau siaran, ia merupakan program di bawah Unit HEM sekolah masing-masing dengan kerjasama Unit Disiplin sekolah dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Kebiasaannya; program atas nama program akan dicampakkan kepada unit Bimbingan dan Kaunseling sebagai penyelaras program. Apapun, cikgu bersyukur program berjalan lancar dan masih ada yang memahami. Guru Bimbingan dan Kaunseling Sepenuh Masa-GBKSM memang rare, unik dan luar biasa (oopss perasan jap...this is my blog so its up to me). Tidak dilupakan, saya memang tabik kepada Puan Faizah Binti Hj Ab Karim (Guru Besar); sudi datang, berdiri menyampaikan ucapan dan amanat walau mempunyai kudrat kesihatan yang sedang beransur pulih. Terima kasih semua!!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.