
Majlis Anugerah Kecemerlangan telah diadakan pada 12 Julai 2012. Program ini telah dirasmikan oleh bapa angkat sekolah; Encik Mohd Anwar Bin Yahya, Penyelia Pendidikan Islam, PPD Melaka Tengah. Tambahan juga; beliau dalam ucapannya merasa bangga akan inisiatif pihak sekolah mengadakan program seperti ini. Guru Besar, SRABTT; Puan Faizah Binti Haji Abdul Karim turut meluahkan rasa gembira akan kehadiran bapa angkat serta kecemerlangan murid. Berkat rezeki Allah kepada kami.... dapatlah pihak sekolah menyediakan hadiah kepada murid yang telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dalam peperiksaan pertengahan tahun 2012. Majlis ini diharapkan dapat memberikan garapan semangat kepada murid untuk memberikan yang lebih baik untuk diri sendiri, ibubapa, guru, agama, bangsa dan Negara. InsyaAllah! Tahniah! Bagi murid yang belum mendapat hadiah, teruskan usaha dan anggap ia satu cabaran untuk mencapai jaya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.