SR Arab (JAIM) Batang Tiga Timur KM.8, Jalan Bukit Rambai, 75250 MELAKA. Tel/Faks: 06-315 5824
Tuesday, August 28, 2012
Khatam Qur'an dan Sambutan Ambang Aidilfitri
Last Wednesday before the Eid holiday, the school had this program which arouse the children excitement. Khatam Qur'an and Pre Eid celebration was launched by our beloved school principal, Puan Faizah Binti Haji Abdul Karim. There was teachers and children Eid performance. It was so happening and all were very happy. In addition, appreciation for the teachers efforts 2011 was held. The appreciation were agreed by Parents and Teacher Association (PIBG). Not to forget, the teachers were given a paper bag containing a box of kurma and water. Thank you.....
Monday, August 6, 2012
Senamrobik Serentak 1 Malaysia 1 Murid 1 Sukan 2012
SENAMROBIK SERENTAK: 1 Malaysia 1 Murid 1 Sukan telah diadakan pada 10 Julai 2012. Program dirasmikan oleh Guru Besar SRABTT, Puan Faizah Binti Haji Abdul Karim. Semua warga sekolah telah terlibat dalam program ini. Program ini dijalankan serentak 1 Malaysia dan dilihat sangat relevan bagi melahirkan individu yang sempurna secara menyeluruh (jasmani, emosi, rohani, intelek dan spiritual).
MEMUPUK CINTA Tahun 6/2012
Program Memupuk Cinta telah diadakan khas untuk murid tahun 6 SAHAJA. Program ini telah diadakan pada 29 Mei 2012. Pihak sekolah telah menjemput Guru Cemerlang Bimbingan dan Kaunseling; Cikgu Yusnizal Binti Ismail dari SK Pantai Kundor. Pihak sekolah amat menghargainya. Program ini mendedahkan murid tentang cinta Illahi awal dan akhir diikuti dengan insan. Bagi mendapat kecemerlangan seseorang perlu meraih cinta Allah, berusaha dan berterima kasih kepadaNYA. Cikgu percaya program ini banyak membantu anak didik tahun 6. Best of Luck!
Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012
Majlis Berbuka Puasa 2012 (Tahun 4-6)
Yum! yum! Sempena Ramadhan 2012 serta berkat limpahan rezeki pemberian Allah, pihak sekolah bercadang untuk mengadakan Iftor Ramadhan bersama PIBG, guru dan murid tahun 4-6. Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Apa yang dapat dilihat, program ini dapat mengeratkan hubungan setiap insani. Paling seronok, tika melihat murid sendiri bersama berbuka puasa bersama rakan mereka. Dalam masa yang sama, dapatlah kita mensyukuri nikmat pemberian Allah secara bersama dan menghargai rezekiNYA. Terima kasih kepada semua yang terlibat!
Sunday, August 5, 2012
Selamat Hari Lahir, Cikgu! (Januari-Julai)
Haih...bertuahnya rakan guru saya. Baru-baru ini saya telah dipanggil seorang rakan guru. Rupanya saya diminta untuk membantu dalam pembelian hadiah bagi guru yang menyambut hari lahir. Wow! rupanya pihak pentadbir berhajat untuk memberikan penghargaan "HARI LAHIR" kepada semua guru (InsyaAllah) bergantung kepada keadaan kewangan juga. Alhamdulillah...saya melihat program ini sebagai suatu yang sangat positif dan saya memang suka sangat bab pilih-pilih hadiah or decorate2 ni. Hhehehe! pastinya saya harap progam ini dapat dijalankan dari masa ke masa. Memang seronok tengok wajah guru mendapat hadiah hari lahir ditambah murid turut menghargai dengan menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir". Sanah Helwa Ya Gami......
Bilik Bimbingan & Kaunseling
Jangan terkejut yer.... SR Arab (JAIM) Batang Tiga Timur-SRABTT, Melaka merupakan 1st posting saya pada tahun 2009. Sebelum itu, tiada bilik kaunseling di sini. Alhamdulillah penghujung 2011, pihak pentadbir memberikan sebuah kelas untuk dijadikan bilik Bimbingan dan Kaunseling (B&K). Bilik tersebut kurang strategik namun nasib baik ada bilik, kan. Alhamdulillah. Memandangkan peruntukan digunakan bagi perkembangan murid, ubahsuai bilik berjalan agak lambat. Jadi, gambar di atas saya letak sebagai kekuatan untuk saya untuk memperbaiki bilik B&K dari masa ke masa. Doakan yer. Pada tahun ni, berkat kewangan yang ada, wujudlah 'awning; dan tingkap 'slide' bagi mengelak tempias hujan. Alhamdulillah. Tapi...idea untuk ubahsuai serta tatarias bilik tak ada lagi...so if anyone ada idea jangan malu k. Inform me.....
Thursday, August 2, 2012
KAU PERMATA HATI, AKU JANJI UPSR+SIA & MENTOR MENTEE 2012
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan lancar. Program Kau Permata Hati, Aku Janji UPSR+SIA dan Mentor Mentee 2012 telah dirasmikan oleh Puan Faizah Binti Haji Abdul Karim, Guru Besar SRABTT.
Seronoknya....program ini mendapat kerjasama jitu dari ibubapa murid tahun 6. Terima kasih yer. Aku Janji UPSR & SIA telah dibaca oleh murid dihadapan ibuba/penjaga mereka. Demikian, harapan pihak sekolah, murid akan belajar bersungguh-sungguh mencapai cita.





GURU PENYAYANG PERINGKAT SEKOLAH
Program Guru Penyayang telah dirasmikan pada 9 Mac 2012 di DewanTerbuka, SRABTT. Majlis memecahkan ice telah dilakukan oleh Guru Besar SR Arab (JAIM) Batang Tiga Timur - SRABTT; Puan Faizah Binti Haji Abdul Karim. Seterusnya; pemberian penghargaan sempena Hari Lahir murid dari bulan Januari-Mac telah diberikan oleh guru besar dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SRABTT; Puan Hajah Nazipah Binti Maliki. Setakat ini, 3 aktiviti iaitu mengalu-alukan kehadiran murid, mentor mentee dan sambutan hari kebesaran (cth: hari lahir) turut dikembangkan.
SALAM RAMADHAN 2012
Assalamualaikum....
ermmm... dah lama betul cikgu dah tak tulis perkembangan bimbingan dan kaunseling. Nak expose kepada sume pun malu. Pasa cikgu masih belajar untuk buat blog lagi. Jari terkial-kial. Kepada pembaca yang sudi membaca, terbaca, cikgu minta pandangan untuk menjayakan ciptaan blog nih k. Sebelum terlupa, SALAM RAMADHAN buat sume.
Subscribe to:
Posts (Atom)