Wednesday, August 18, 2010

Mengejar Pelangi Impian & Lailatul Ubudiyyah


Program Lailatul Ubudiyah & Mengejar Pelangi Impian 2010 telah diadakan pada 6-8 Ogos 2010 (Jumaat-Ahad) di Dewan Tuan Haji Ismail Bin Bidin, Sekolah Rendah Arab (JAIM) Batang Tiga Timur, Melaka. Untuk pengetahuan, program tersebut merupakan hasil kerjasama Mahasiswa/Mahasiswi Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bersama pihak sekolah.
Mahasiswa/i UPSI ini merupakan pelajar Sarjana Muda Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia (FFPM), yang sedang mengikuti Program Bimbingan dan Kaunseling di bawah Kursus Pengurusan dan Konsultasi Kaunseling Sekolah. Terima kasih di atas kesudian mereka. Murid-murid sangat seronok berjumpa abang dan kakak mereka, dan inginkan pengalaman seperti itu lagi. Diharapkan pelajar UPSI tidak serik. Heheh! Aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dilakukan sedikit sebanyak merubah murid dalam kehidupan mereka. Alhamdulillah suatu perkara yang baik or the "experimental result" telah dapat dilihat dan ianya berjaya. Tahniah buat mereka dan anak didik ku sekalian.
Tidak dilupakan pengisian rohani dengan program Lailatul Ubudiyyah digabungkan bersama program UPSI. Ia merupakan Malam Qiamulail buat murid-murid. Mereka dimestikan bangun awal pagi dan qiam dimulakan jam 0400 pagi. Semoga apa yang dilakukan mendapat keberkatan dariNYA. Diharapkan murid bertambah semangat untuk belajar, mengetahui strategi pembelajaran efektif dan berdoa kepadaNYA bagi mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan dan kehidupan.

Friday, August 13, 2010

Salam Ramadhan Mubarak & Penantian Bakal Berakhir UPSR dan SIA 2010


Assalamualaikum,
First of all, Salam Ramadhan Karim buat semua guru dan murid. Terlalu sibuk hingga xterupdate blog. Semoga Ramadhan memberi kebahagiaan serta ketenangan buat kita semua. InsyaAllah.

Kepada anak-anak yg bakal menduduki peperiksaan UPSR dan SIA 2010, tumpukan perhatian kepada pelajaran. Hanya beberapa minggu sahaja then u can play as much as u can. Anything before exam yg boleh Cikgu bantu, feel free to come or approach us (SRABTT Teachers).

Luv u all, dear!!! May Allah leads u to flying colors results. Aminn