Aduh....penatnya!
Aduh..malasnya!
Mak aiii banyaknya keje!
Itulah ucapan biasa yang akan keluar dari mulut aku. Tapi sekejap je pastu aku akan tune balik otak nih kepada .... "heheh, baru sket nih!", "Rileks mesti bleh...kata cikgu!".
Dah 2 ke 3 hari internetnih probs. So xdpt update blog. First of all, praises to Allah for giving me again chances to write on my blog. And thank to His blessing coz dah ade pengunjung blog. She is my neighbour. Terima kasih adik n famili!!!!
Cerita kali ini tentang seorang DIA. DIA merupakan kanak-kanak cukup sifatnya, comel dan lincah (tidak nakal) berusia 7 tahun. Seperti biasa bila murid masuk ke tahun 1 guru-guru memerlukan masa bagi mengenali perangai n sikap murid. Tidak lama beberapa bulan, kami dikhabarkan DIA merupakan kanak-kanak UNIK (hidup adakala dengan dunianya) tapi tidak terlalu ekstrem kes. Kalo anda semua melihat dan mengenali DIA, pasti anda sendiri akan kagum dan tidak sangka tentang hakikat ini.
Sejak beberapa bulan, DIA kerap ke bilik saya. Bilik guru saya berpusat d Pusat Sumber so ade 3 org guru termasuk saya. Apahal lah budak nihkan? Sebagai Guru Pembimbing pastilah saya dah tahu hal nih awal2. Cuma mmg sibuk dan jarang nmpak muka DIA.
Saya selalu gaklah on laptop pasal ade kije. Heheheh! kadang2 tuh ngaku gak buat koje len. Yelah cek emel n len2. Si DIA akan datang dan tanya dengan penuhhhhhh minat "Cikgu, cikgu buat apa, cikgu?" Saya pula akan jawab "Cikgu buat kejelah?". DIA pun kata "Cikgu buat kije?, nak game?". Hahahah! ambik! Apa nak jawab! ???????
Macamnilah senang cite DIA sukakan warna n cintakan teknologi seperti computers, pictures, grafik, game dan benda2 ilmu yg moden. DIA nih kalo ajar teori mmg haram jadah lambat. Hanya cikgu-cikgu dia jek tau. (Bukan kutuk tapi berterusterang nih). Macam mana saya tau...? macam ni.................
Sebagai seorang Guru Pembimbing yang ayu dan berdedikasi (chewah! jangan marah k nih blog saya..hheheh!) saya mesti ambil tindakan tapi ilmu saya xlah byk. Saya mesti buat sesuatu. Bila DIA datang jek, DIA kata "Cikgu...nak GAME?". Hari2 lak tuh. Last2 saya kata xbleh dgn tegas tapi BOLEH BLAJA KALO NAK!!! Tau DIA jawab "Nak! Nak! Nak blaja!". Hahahah! berjaya gak.
Saya pun buka lah internet n cari info tentang children alphabets, online teaching dan len2. Sambil-sambil saya kenalkan pada DIA keyboard, cara nk on dan off laptop, penggunaan mouse, space bar, delete, backspace dan yang simple2jek. Sepanjang tu, DIA memang cepat blaja. Bila da buka je ABC yg ade gambo dan ejaan DIA bleh baca tau dalam bahasa Inggeris lagi. Kira lebih baik dr kwn2 DIA. Masalah kalo ABC tuh diselerakkan dan kite suh DIA cari B ke F ke memanglah DIA tak tahu.
Istimewa DIA adalah DIA gunakan akalnya byk dari orang len. DIA menghafal n ingat setiap ilmu yang dipelajari kerana bg memahami DIA perlukan masa n susah. Dari situ, saya belajar untuk menghargai DIA dan membantu DIA walo saya sendiri tiada pengalaman dari segi mengajar (pendidikan khas). Kelebihan saya, saya pernah buat social work di Pusat Komuniti di Tampin dulu, dan kerja sosial len semasa blaja di universiti. So...handling this kid is the toughest task but then the best moment n experience ever!
DIA suka dengar kalo saya bacakan buku cerita (BIG BOOK) jawi yang ada di Pusat Sumber. Di sini, saya benarkan DIA pilih buku dan saya baca. DIA akan ikut setiap yg saya baca. Sambil membaca saya akan bercerita n soal DIA. So far, DIA faham tapi needs explanation n elaboration yg jelas. Senang crite saya kena cakap bahasa DIA lah.
Istimewa DIA....bila waktu rehat kebiasaannya saya tolong belikan makanan DIA. Bila DIA beli sendiri pernah terjadi duit DIA hilang atau kawan2 DIA mengambil kesempatan. Tak pastilah. Jadi bila DIA datang ke kantin, makanan da siap. Tugas saya; saya akan ingatkan DIA untuk basuh tangan dan baca doa'. Selepas makan DIA saya dah maklumkan supaya meletakkan pinggan n cawan ke dalam besen dan mesti basuh tangan. Pada saya, mengajar DIA lebih mudah.
Dia juga rajin membantu saya sekiranya saya memerlukan. Namun, saya juga pernah marahkan DIA sehingga DIA nangis meniarap. Yelah selama nih DIA teralu dimanjakan oleh kami warga sekolah. DIA dimarahi kerana suka mengusik, memegang anak kucing, membuai-buai anak kucing sehingga tidak mahu belajar. Perkara ini DIA lakukan banyak kali dan saya sendiri dah tegur byk kali. Tiba masa saya pun meletuplah. Masa tuh, 2 orang guru dalam bilik tuh pun terkezut tgk saya n kesiankan DIA. Saya biarkan DIA nangis dan memberitahu cikgu tersebut agar jangan memujukya.
Saya biarkan seketika DIA menangis namun ada seorang guru len yg datang memujuknya. DIA??????? Tetap menangis dan menangis. Saya? Ada dekat di situ sedang mengajar murid saya tapi terselit rasa bersalah dan kesian. heheh! Lama2 saya datang n peluk, usap dadanya depan belakang dan terangkan kemarahan saya. DIA??? Menangis dan memanggil ayahnya.
Saya? Hahahah! Saya on laptop saya dan layan laptop (DIA masih nangis namun duduk di kerusi saya n tgk apa yg saya buat sambil memanggil ayahnya). Bila tangisan tuh lambat berhenti saya pun apalagi jerit ahhhh " Eh, nak balik yer xpa cikgu tepon ayah (saya pegang tgn ala2 nk tepon) yer,kring! kring! ayah amik DIA, cikgu xtahan lah DIA asyik usik kucing jek tu yg cikgu marah tuh!". Agak2 apa DIA buat?
DIA nangis dan kata " Tak nak, ayah!". Hehehe! saya pun terpaksa lakukan aksi tepon tadi dan "ayah xyahlah ambik DIA, DIA baik!". Pergh!!!!!!!!! barulah senyap (masih dengar sendu sedih sambil perlahan-lahan memanggil ayah....dalam 10 minit kembali pulih) dan fokus pada pelajaran komputer.
Di sini, apa yang saya lakukan kelihatan kejam bagi rakan2 guru kerana DIA terlalu istimewa. Saya? Tetap rasa simpati, bersalah malah lagi sedih. Jauh di sudut hati saya, saya katakan DIA mesti tahu bila dimanja, bila dimarahi, bila disayangi, bila diarah!!!! DIA...terlalu istimewa. Kerana itu DIA perlu merasa pengalaman itu dan belajar agar satu hari boleh berdikari tanpa saya. Kalo hari ini saya manjakan DIA, di tempat lain apa pula jadinya. Saya tidak sanggup orang len memarahi DIA. Biar saya. Saya yg duduk ngan DIA di sekolah. Saya tahu DIA.
Dari pengalaman dan ilmu yang sedikit, DIA terlalu istimewa perlu ditunjuk ajar cara yang berbeza mengikut dirinya sebagai individu.
Sejak beberapa hari ini, DIA mula masuk ke kelas. Mudahlah kerja saya. Saya akan jumpanya di kantin. Di situ, saya akan tanya apa yg DIA buat. Tak banyak buat masa skrg. Kalo bleh saya nak ajar DIA supaya bleh bercerita apa yang DIA lalui.
Saya sangat bangga dengan sekolah saya. Kenapa plak puji sekolah kan? Bukan apa sekolah saya nih trime semua budak dgn rela hati. Rakan-rakan kerja sememangnya pelbagai ragam tapi rupanya mereka tetap ade prasaan sayang (kira ade lagih hati). hahahah! Semoga hati yang dimiliki itu dapat dikembangkan lagi.
Akhir sekali, semoga DIA mendapat manfaat di sekolah saya dan berdikari serta menjadi anak yang soleh. Thanks to YOU Allah who always gives me the strength and guidance to be the best khalifah... DIA datang sebagai satu ujian buatku bagi membantu diriku untuk bersyukur kepadaMU dan DIA pula perlu ku bantu supaya bersyukur kepadaMU. InsyaAllah.